Monday, March 28, 2011

> The E- Myth Revisited

Judul Buku    : The Emyth Revisited
                       (Edisi Bahasa Melayu)

Penulis            :  Michael E. Gerber
Penterjemah :  Hasnah Daud

Penerbit         : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd
                             No 12 Jalan DBP, Dolomite Business Park
                            68100 Batu Cave, Gombak . Selangor
                            Tel : 03 6188 0316

Genre             : Keusahawanan
Terbitan        : Cetakan Pertama – Julai 2010
Halaman       : 255 muka surat
Harga             : RM 25.00 (Semenanjung)
                            RM 28.00 (Sabah & Sarawak)

Pengulas       : DinDeraman

Synopsis
E-Myth/ ‘e-mith’/bereti : (1) Mitos Keusahawanan – mitos yang menyatakan kebanyakan orang yang memulakan bisnes kecil adalah usahawan  (2) Andaian yang membawa Padah -  iaitu individu yang memahami tugas teknikal sesuatu bidang, berkebolehan menjalankan bisnes dan bidang itu dengan jayanya.
Buku ini mula diterbitkan pada 1986 dengan judul The E-Myth dan kemudian diterbit semula setelah dibuat suntingan dan penyemakan pada tahun 1995 dengan judul The E-Myth Revisited. Buku The E-Myth Revisited telah muncul dalam senarai 10 buku terlaris di new York Time Bestseller List pada tahun 2007. Buku ini juga turut tersenarai sebagai buku Bisnes no 1 dalam Inc 500CEOs dan juga menjadi buku rujukan kepada ramai professor di kebanyakan university.
Buku ini adalah hasil pengalaman Michael E.Gerber selama 15 tahun sebagai perunding kepada perniaga kecil di serata dunia dan 8 tahun pengalamannya sebagai CEO E-Myth Worldwide.

Ulasan
 Ramai orang bertanya “apakah yang diketahui oleh pemilik bisnes yang hebat dan tidak diketahui oleh orang lain?”

Mereka yang benar-benar hebat dan bagus dalam bisnes bukanlah kerana ‘perkara’ yang mereka ketahui, tetapi kerana mereka tidak mudah berasa puas dan sentiasa pula mencari ilmu baru dari semasa ke semasa.
Mereka gagal bukan kerana mereka tidak tahu pasal pengurusan kewangan, pasal pemasaran, pasal pengurusan dan  pasal operasi. Mereka gagal kerana mereka sibuk mempertahankan perkara-perkara yang disangka sudah diketaahu dan mereka tidak berpijak dibumi yang nyata.
Kajian di Amerika mendapati  lebih Sejuta rakyat Amerika memulakan perniagaan kecilan pada setiap tahun, Malangnya 40% didapati gagal pada penghujung tahun pertama dan 80% peratus pula iaitu kira-kira 800,000 perniaga kecil tersebut gulung tikar dalam tempoh 5 tahun pertama. Mengapa hal ini berlaku. Michael E.Gerber menjawab persoalan ini dalam buku ini. Buku ini mengandungi 19 bab yang dibahagikan kepada 3 bahagian iatu Mitos Keusahawanan, Revolusi Turn-key dan bahagian ketiga Proses Perkembangan Perniagaan.
Rata-rata pemilik perniagaan sendiri gagal kerana mereka sendiri tidak tahu apakah peranan mereka yang sebenarnya. Apakah peranan mereka yang sebenarnya? Sebagai Pengusaha? Sebagai Pengurus?  Sebagai pekerja? Michael menjelaskan bahawa Pengusaha hidup pada masa hadapan. Pengurus hidup pada masa lampau dan Pekerja pula hidup pada masa sekarang. Apa maksud Micheal ?
Kajian juga mendapati pemilik perniagaan kecil rata-rata mempunyai 10% watak Pengusaha, 20% watak Pengurus dan 70% watak Pekerja. Kerana kombinasi beginilah ramai diantara gulung tikar. Pemilik perlu tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai peranan dan tugasan yang berbeda pada peringkat pertumbuhan(peringkat awal), pada peringkat Pembesaran( Peringkat menengah) dan pada peringkat Memungut Hasil / Berbuah (peringkat matang). Beberapa strategi penambahbaikan dari semasa ke semasa perlu dilakukan pada peringkat matang supaya buah yang matang dan masak dapat kekal ranum sepanjang masa. Jika buruk dan busuk, alamat masuk tong sampahlah jadinya .
Saranan Michael E.Gerber, “sekiranya kita ingin mengubah nasib bisnes kita supaya terus berkembang maju, kita sebagai pengusaha mestilah berubah terlebih dahulu” . Ayuh, mari kita berubah sebelum  kita rebah !!!

Pengarang
Micheal E.Gerber adalah seorang Pengasas dan CEO E-Myth Worldwide yang ditubuhkan pada tahun 1977 dan  berpusat di Santa Rosa, California. E-Math berperanan membantu pemilik dan usahawan bisnes kecil membangunkan bisnes yang Berjaya. Beliau adalah penulis bestseller bagi buku-buku berjudul The E-Myth Physician, The E-Math Manager, The E-Math Contractor dan E-Math Mastery. Beliau adalah speaker terkenal dan beliau juga membawa revolusi kepada bisnes kecil.
Beliau juga mendapat jolokan sebagai “ suara besar bagi bisnes kecil di Amarika Syarikat”. Beliau juga telah memberi ceramah kepada lebih 25 ribu pemilik bisnes kecil di serata dunia, Australia, New Zealand, Jepun, Indonesia, Sepanyol , Mexico, Kanada dan beberapa Bandar besar di Amerika.
Sepatah kata dari Micheal E.Gerber :
Apabila kita dengar sesuatu, kita lupa,
Apabila kita lihat sesuatu, kita ingat,
Tetapi selepas kita buat sesuatu, barulah kita faham.

Penterjemah
Buku E-Myth telah diterjemah kedalam Bahasa Melayu. Sepanjang membaca buku ini saya rasa seperti mendengar syarahan dari Michael E.Gerber yang fasih berbahasa melayu. Puan Hasnah Daud telah membuat penterjemahan yang baik sekali.  Beliau bukan sahaja membuat penterjemahan kepada isi kandungan, tetapi turut di’melayukan’ nama watak-watak. Membaca buku ini seumpama membaca buku yang ditulis oleh tokoh usahawan melayu yang beroperasi di Malaysia. Tahniah dan Syabas !!!. Saya percaya, sesiapa yang telah membaca buku ini juga bersependapat dengan saya.

Penerbit
Sekalung tahniah kepada PTS  Professional Publishing Sdn.Bhd. kerana telah mengambil daya usaha untuk penerbit buku ini kedalam Bahasa Melayu (Malaysia). Usaha mereka ini telah  menambah judul buku-buku  keusahawanan yang dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada ramai usahawan Melayu bagi mencapai Misi Negara dalam melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra(MPPB). Semoga semakin ramai bangsa melayu menjadi lebih pandai dalam berniaga !!!
Sekali pandang kulit buku ini tidak melambangkan buku genra keusahawan yang ‘Berwajah Malaysia’ sebagaimana buku-buku dalam genre yang sama yang banyak terdapat dipasaran. Penerbit tentunya terikat dengan Hak Cipta Karya Asal dalam beberapa aspek termasuk mengekalkan rekabentuk kulit sebagai mana judul asal. Kerana itu kita jangan mudah menilai buku ini hanya berdasarkan kulitnya semata-mata. Buku ini dikategorikan dalam Genre Usahawan, sesuai dibaca oleh semua peringkat usahawan kecil yang sedang menjalankan apa jua jenis perniagaan. Sebagai panduan dan pembakar semangat kepada sesiapa jua yang baru bercita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.  Tidak rugi membeli buku ini dengan harga Cuma RM25.00 kerana harga itu amat murah untuk membayar khidmat nasihat pengarang yang telah pengalaman lebih 23 tahun  dalam membimbing lebih dari 25,000 usahawan kecil di merata dunia.
Selamat membaca !!!

1 comment:

Cik Murni said...

boleh beli online ke buku ni..mcm berminat pulak.. ada x buku2 lain yg tuan boleh rekemen. terima kasih