Saturday, March 26, 2011

>> Berfikir Gaya Trump

Judul Buku    : Berfikir Gaya Trump
Penulis          :  Nazri Kadir

Penerbit        : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd
                      No 12 Jalan DBP, Dolomite Business Park
                      68100 Batu Cave, Gombak . Selangor
                     Tel : 03 6188 0316

Genre           : Bisnes dan Pengurusan
Terbitan        : Cetakan Kedua 2011
Halaman       : 248 muka surat
Harga           : RM 23.00 (Semenanjung)
                      RM 25.00 (Sabah & Sarawak)

Pengulas  : DinDeraman




Berfikir Gaya Donald John Trump ? Apa hebatnya Donald Trump sehingga berjaya membina empayar Trump yang semakin maju dan terkenal? Apa rahsia yang membolehkannya Bangkit semula dari beberapa siri kegagalan. Lapuran terkini meletakan D’Trump yang memiliki Aset sebanyak USD 2.7 Billion pada kedudukan 430 dikalangan Billionaires dunia dan di tangga 137 di US serta di tempat 153 dalam Ferbes 400. D’Trump juga telah mewar-warkan cita-citanya untuk bertanding jawatan Presiden Amerika pada 2012 nanti.
Ada pihak yang memberi pandangan negatif terhadap beliau, D’Trump seorang yang Bongkak, Bercakap Besar, Tegas dan Keras serta Gila Glamour, Fesyen rambut yang pelik, Berpakaian kemas dan mewah serta suka menunjuk-nunjuk dan lain-lain lagi. New York Military Academy telah banyak membentuk sikap dan karektor  D’Trump. Bakat dan minatnya dalam bisnes diwaris dari bapanya Frederick Christ Trump. D’Trump telah bekerja dengan syarikat bapanya sebaik sahaja tamat pengajian dari university of Pennylavania dalam pengkhususan ekonomi dan kewangan.
Meninjau pemikiran D’Trump dari beberapa aspek berikut ;
1.    D’Trump mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan ingin buktikan pada diri sendiri bahawa dia boleh melakukannya. Kerana itu D’Trump lebih berminat berurusniaga dengan golongan berada dan berkedudukan. Beliau lebih berminat mengendalikan projek mega dan mewah berbanding bapanya lebih menumpu kepada projek perumahan rakyat. Kejayaan beliau  mengurus projek mewah seperti Javits Convention Centre, Wollman Rink, Commodore Hotel dan Hyatt Hotel Coperation telah melonjakan nama D’Trump .
2.    D’Trump mempunyai sikap berani mencuba dan mengambil peluang dengan memasuki bidang baru iaitu Industri Penerbangan. Beliau membuat pinjaman dengan 22 buah bank bagi membeli Eastern Air Lines Suttle dengan harga USD365 juta dan kemudian menukar kepada nama Trump Shuttle.
3.    D’Trump tidak mudah serik atau putus asa. Meskipun pernah gagal dan kerugian USD22juta kerana membeli pasukan New Jersey General di US Football pada 1983, namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba bidang baru seperti mengambil alih  EAL Suttle. Walaupun begitu beliau tidak lupa untuk belajar dari kegagalan dan kesilapan lalu.
4.    D’Trump tidak mudah mengalah atau lari dari masalah tetapi menghadapi detik-detik sukarnya dengan tabah dan yakin. Beliau berfikiran positif dan realistic. KeAhlian kelab Bilionaire Forbesnya ditarik balik dan Trump Taj Mahal dan Trump Hotel & Casino pula berdepan dengan notis kebangkerapan. Kerana tabah dan keyakinan serta berfikiran positif, semuanya dapat dipulihkan semula. Beliau adalah seorang yang suka menghadapi cabaran.
5.    D’Trump suka bekerjasama dan berusahasama dengan orang-orang yang terkenal. Hotel mewahnya direkabentuk oleh Philip Johnson seorang akitek terkenal. Trump National Golf Club di Westchester menawarkan keahlian kepada golongan mewah dan menepatkan perumahan mewah.
6.    D’Trump tidak lokek untuk membuat kebajikan dalam bidang pendidikan kepada masyarakat. Trump Universiti dan Trump Institute adalah organisasi yang tidak berasaskan kepada keuntungan. Donald J Trump Foundation telah banyak menyalurkan bantuan kepada warga New York.  D’Trump percaya bahawa ilmu adalah satu kuasa yang hebat.
7.    D’Trump suka melakukan sesuatu perkara yang dia minat dan cintai dan melakukan sesuatu dengan penuh minat dan cinta. Beliau menceburi bidang perfileman  dan rancangan reality TV adalah atas dasar itu.
8.    D’Trump dikatakan mempunyai 3 kualiti asas yang diperlukan oleh seorang usahawan iaitu keberanian dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Keduanya memiliki sifat karisma dan ketiganya beliau suka mentafsirkan hal-hal positif terhadap sesuatu perkara.
9.    D’Trump bijak membina jenama dan kuasa dengak kaedah pengurusan strategic dan komunikasi pemasaran yang cukup berkesan.

Pengaran Nazri Kadir telah dapat menyelami minda D’Trump dengan amat baik sekali. Gaya penulisanya cukup berstruktur dan mudah difahami susun galurnya. Bahasanya mudah dan jelas serta tidak menjemukan pembaca untuk menghabiskan bacaan buku yang berhalaman  248 muka surat ini. Dalam membicarakan Gaya Ke 2 iaitu tentang kuasa pemikiran positif, pengarang telah mengaitkan gaya ini dengan beberapa orang tokoh di Malaysia seperti Prof. Diraja Ungku Aziz, Dr. Noor Laily, Dato’ Tony Fernandez dan beberapa orang lain tokoh lain. Pengarang juga membawa pembaca mendekati gaya kepimpinan beberapa tokoh penting dalam pengurusan Organisasi Trump seperti Carolyn Kepcher, Norma Foarderer dan pembantu peribadi D’Trump iaitu Matthew Calamari. Ini menjadikan buku ini sarat dengan maklumat yang menarik dan berguna. Walaupun saya sendiri belum mengenali pengarang buku ini secara peribadi, namun saya percaya beliau dapat menguasai lapangannya dengan cukup baik.
PTS  Professional Publishing Sdn.Bhd. selaku penerbit telah menghidangkan buku ini dalam format yang cukup kreatif. Bermula dengan kulit luar hinggalah kehalaman-halamannya. Gambar Donald J Trump pada kulitnya cukup menarik perhatian, selari dengan watak D’Trump yang unik dan tersendiri. Buku ini di kategorikan dalan genre Bisnes & Pengurusan, sesuai dibaca oleh semua peringkat usahawan dan pengurusan. Tidak rugi membeli buku ini dengan harga Cuma RM23.00 kerana manfaatnya cukup banyak.
Selamat membaca !!!

No comments: